Pusat Internet 1Malaysia

Pusat Internet 1Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai PI1M) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad. Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.[1]Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M.[2][3]Antara kejayaan yang telah disumbangkan oleh Pusat Internet kepada pembangunan sosio-ekonomi dan modal insan komuniti setempat adalah seperti berikut:
OBJEKTIF